Kamis, 04 Desember 2014

GABUNGAN AKUAPONIK DENGAN IRRIGASI TETES (DRIP IRIGATION) TANAMAN

Alhamdulillah limbah air dari bak ikan dapat dimunafaatkan. Walaupun limbah itu mengandungi sisa kotoran ikan namun ianya amat baik disalurkan pada tanaman disekitar rumah. Seperti gambar sisipan yang anda dapat melihat.

Bahagian samping rumah depan tingkap pemakain irrigasi tetes
Pada gambar diatas anda dapat melihat ada selang yang berwarna hitam (irrigation supply hose) dan juga untuk air limbah ikan supaya ianya tepat pada sasaran wadah tanaman digunakan selang yang kechil (feeder hose) berukuran bulatnya pada 4mm. Ini dinamakan dengan irrigasi tetes (drip irrigation) Pada gambar diatas dan seterusnya jika diteliti selang 4mm itu berwarna choklat.


Irrigasi tetes dibahagian samping belakang rumah
Seperti yang telah dikatakan iaitu air limbah ikan pada akuaponik aku gabungkan pada setiap tanaman diluar halaman rumah. Hal tersebut dapat memberi secara mendasar keperluan pupuk pada kebutuhan tanaman secara alami atau organik. Disebabkan limbah air ikan kaya dengan khasiat alami. Maka dengan demikian gabungan akuaponik dengan tanaman bukan saja terbatas pada tumbuhan seperti sayur sayuran. Malah dapat dimunafaatkan kepada tanaman disekitar rumah anda. 

اكوافونيك بين تان

Bahagian irrigasi tetes disamping rumah depan tingkap

Cuma saja air limbah ikan tersebut perlu dirapikan dengan kaedah irrigasi tetes (drip irrigation) yang baik agar saluran air limbah tersebut dapat disalurkan tepat pada sasarannya.Perlu diingatkan kaedah irrigasi tetes (drip irrigation) yang aku amalkan maseh bersifat manual.Insya'Allah kedepan akan dilengkapkan dengan alat jadual air yang bersifat otomatis.(water timer). Lihat gamber rujukan.


Jadual air (water timer)

Dengan pengunaan jadual air (water timer).Kaedah irrigasi tetes (drip irrigation) dapat menghematkan pengunaan air dan akan dapat menyalurkan kebutuhan air tepat pada akar umbi tanaman. Hal tersebut amatlah penting agar pembaziran penyaluran air tidak berlaku.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar