Rabu, 07 Januari 2015

USAHA MENANAM CABE


Cabe Rawet

Gambar diatas adalah cabe rawet atau jenis chili padi. cabe tersebut sebenarnya awal mulanya aku tumbuhkan dengan kaedah akuaponik. kemudian setelah ada pembetulan pada akuaponik, maka dipindahkan didalam wadah berisi tanah dan kompost. Cabe tersebut maseh dalam peringkat bibit tumbuhan.Pertumbuhan cabe tersebut agak terjejas,
Sehinggalah diletakkan pada kotak sinaran buatan
(plants growlight), ianya mula kelihatan subur dan membesar. Keadaan ianya sekarang sudah diluar kotak sinaran buatan sepertimana dapat dilihat pada gambar diatas. Sudah aku pindahkan kedalam wadah yang besar dan sering mengunakan limbah air ikan supaya perkembangan pertumbuhan nya lebih membaik.  

Cabe Merah Singapore

Dalam wadah diatas dan dibawah, adalah sejenis cabe merah Singapore. kenapa ianya aku gunakan dengan panggilan "cabe merah Singapore" ,..heeheehee,..oleh kerana bibitnya aku beli disebuah supermarket diSingapore.
  Awal mula aku semai beberapa biji benih dengan mengunakan bantuan sinaran buatan
(plants growlight). Sama halnya juga apabila pertumbuhan nya membesar, aku pindahkan kedalam wadah yang lebih besar supaya perkembangan pertumbuhan nya lebih membaik.

Cabe merah Singapore

Alhamdulillah,..seru juga yaa.. sudah tiga wadah tumbuhan cabe dapat diusahakan. Inshallah, moga ketiga tiga cabe tersebut membuahkan hasil yang baik kedepan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar