Kamis, 08 Januari 2015

LANJUTAN BIBIT TUMBUHAN DENGAN AKUAPONIK


Parsley,tomat

Pembesaran yang baik dalam kotak sinaran buatan mencepatkan pertumbuhan pada bibit daun parsley, tomat, mint, dan lemon balm.  
Mint

Setiap hari sinaran cahaya buatan didedahkan pada bibit tumbuhan kurang lebih 16 jam. Mulai dari jam 07:00 hrs kotak sinaran buatan dinyalakan. Sehingga pada jam 23:00 hrs kotak sinaran buatan ditutup.

Lemon balm

Pada adatnya,..setelah bibit tumbuhan menampakkan dua helai anak daun, maka pengunaan sinaran cahaya buatan harus digunakan. Agar pertumbuhan bibit mendapat cahaya secukupnya sehingga mengeluarkan daun daun yang asli.
Kotak Sinaran buatan (Plants growlight)

Kemudahan dengan adanya sinaran cahaya buatan (plants growlight) malah membantu keperluan tumbuhan bibit yang disemai diruang dalam rumah. Hal seperti cuaca yang kurang baik seperti hujan,angin kencang,gangguan serangga dapat diatasi. Oleh kerana mendapat kawalan yang terpadu.


Parsley,Lemon Balm,Mint 
Seterusnya,..aku memindahkan ketiga tiga bibit tumbuhan tersebut didalam wadah yang besar. Tujuannya untuk meneruskan pertumbuhan dengan mengunakan kaedah akuaponik. Bahan didalam wadah tumbuhan, aku mengunakan batu kerikal (gravel) dan pasir malang. Air limbah dari kolam ikan akan mengalir kedalam wadah tumbuhan.(lihat pada selang yang berwarna hitam kelilingi wadah tumbuhan)

Parsley,Lemon Balm,Mint

Sudah hampir dua minggu bibit bibit tersebut sudah berada didalam wadah akuaponik. Alhamdulillah pertumbuhan tidak kelihatan layu. malah kesemua bibit bibit tersebut tetap kelihatan segar bugar.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar